Monday, September 8, 2008

Masalah utama bolasepak Malaysia

Saya terpanggil untuk meluahkan apa yang terpendam dalam hati saya dan seluruh peminat bolasepak Malaysia tentang hala tuju bolasepak Malaysia sekarang. Dari sehari ke sehari kemerosotan yang ketara ditunjukkan bukannya peningkatan. Dalam hal ini, saya 90% menyalahkan FAM yang sememangnya bertanggungjawab penuh dalam pengurusan bolasepak Malaysia.
Di dalam ranking FIFA untuk bulan September, Malaysia berada di tempat 161 bersama St. Lucia. Adakah ia satu yang memalukan? Apa FAM lakukan? Di sini saya dedahkan perkara-perkara yang dilakukan oleh FAM yang sememangnya tak dapat diterima peminat bolasepak Malaysia;

1) Pucuk pimpinan yang sudah tidak dapat menyumbangkan idea pembangunan bolasepak masih kekal dalam FAM. Begitu juga dengan pemimpin-pemimpin kanan yang hanya pandai membodek. Mereka ini hanya pandai berpolitik sebaliknya kurang berpengetahuan dalam bidang bolasepak.

2) Menyingkirkan Arwahyarham Dato' Ahmad Basri Akil dari terlibat dalam kepimpinan FAM. Inilah sifat 'bodoh sombong' yang ditunjukkan oleh kepimpinan FAM. Arwahyarham merupakan pejuang sebenar dalam pembangunan bolasepak Malaysia terutamanya pasukan Kedah.

3) FAM tidak mempunyai pendirian yang teguh di dalam satu-satu ketetapan. Lihat saja, apa dah terjadi pada LIGA MALAYSIA. Saya masih ingat, sejak era Liga semi-pro lagi telah berlaku macam-macam pertukaran format dalam Liga Malaysia. Terkini adalah tiadanya pemain import untuk Liga musim depan. ( Isu ini akan saya ulaskan dalam artikel akan datang)

Sebenarnya, masih banyak lagi kelemahan yang dilakukan oleh FAM yang menghancurkan pembangunan bolasepak Malaysia.

Sila berikan ulasan anda tentang artikel ini. Saya yakin anda semua adalah peminat yang sayangkan bolasepak Malaysia.

7 comments:

strongerz said...

memang betul pun, FAM dah banyak buat silap. Ego pulak tu.........

AloQStaQ said...

Bravo! teruskan dengan perjuangan anda kedah youngster! Semoga apa yang terbuku di hati anda dapat diluahkan menerusi blog ini! ... lipat gandakan usaha anda kedah youngster ! Kami tetap akan menyokong apa saja pendapat yang benar dan patut! ... Kita tolak pengurusan yang merosakkan industri bolasepak negara! ...

AloQStaQ:
http://AloQStaQBlog.blogspot.com
http://www.MyKMUtara.net

Shahrulrock said...

Antara masalah sukan di Malaysia, saya masih lagi beranggapan bahawa kita belum lagi menjadikan sukan sebagai satu cabang perniagaan, tetapi kita lebih menjadikan sukan sebagai "rencah"politik.....

hans said...

FAM tu bukan setakat bodoh sombong tapi pekak tuli...
diorang rasa hanya diorang yang tahu pasal bola sepak..
sebab itu pandangan orang lain tidak diterima
selagi pucuk pimpinan FAM tak berubah jangan mengimpikan apa2 yang indah daripada pasukan bola sepak malaysia

kedah youngster said...

Hans, saya setuju dengan komen anda. Kepimpinan FAM sepatutnya dari golongan yang tahu pasal bolasepak, bukannya dari orang yang terdesak nak dapatkan duit saja.

kedah youngster said...

Shahrul rock, Saya rasa Liga Malaysia perlu diswastakan. Biar orang yang betul-betul minat Bolasepak jadi penganjur.

sang kenari skuad said...

memang betul,selagi tiada perubahan dlm pucuk pimpinan FAM selagi itulah bolasepak Malaysia akan berada di tahap yg sama, malah merosakkan industri bolasepak negara.Rasanya semua rakyat Malaysia dah muak dgn agenda-agenda FAM yg mengarut & tiada pendirian.Apa pun BRAVO buat pasukan KEDAH Juara Berganda!!!!...